Monday, March 16, 2009

Kenangan di Long Pasia

Lawatan ke Long Pasia baru-baru ni memberi satu kenangan yang amat
manis buat sue dan rakan2 lain..perjalanan 4 jam dari Pekan Sipitang
tidak mematahkan semangat walaupun kadang2 terserempak dengan
lori balak yang menggerunkan dan keadaan jalanraya yang masih tidak
berturap..ketibaan di Long Pasia menjanjikan suasana yang amat segar...
Udara yang amat dingin dan jauh dari pembangunan..Penduduk kampung di
sini kebanyakkan bekerja sebagai petani namun ramai dari penduduk Long
Pasia sudah ada yang memegang jawatan penting dalam kerajaan bahkan
ada yang menjadi doktor... Kadang2 kesusahan mengajar erti kehidupan.....


atas... bagaimana cara tradisional memisahkan hampas padi....dan permata
negara yang Long Pasia....

8 comments:

Anonymous said...

Lorry balak ni mmg mengerunkan? yea la dah la besar, lorry balak ni membawa kayu-kayu balak yang baru ditebang!Sabah mmg kaya dengan alam semulajadinya yg kaya dengag hazanah2 hutan yang masih belum ditemui. Pernahkan kamu terfikir pabila melawat Long Pasia dan bertembung dgn lorry2 balak ini? dari manakan asalnya kayu2 balak yg ditebang ini?? pasti di Long Pasia atau kawasan2 yang berhampiran?? Apakah akan terjadi pada hutan sabah jikalau pihak berkuasa melepaskan tanggungjawab memelihara hutan di sabah??? malah binatang2 liar juga akan kehilangan habitat semulajadinya. Dan bukankah binatang2 ini juga berhak membertahankan haknya?? Ya!! Mereka hanya binatang, tetapi ingat, mereka juga ciptaan Tuhan dan berhak tinggal di tpt asalnya. Sue sendiri melihat keindahan hutan Long Pasia dan alam semulajadinya. Pernahkah sue dan pembaca terfikir, suatu hari keindahan and keamanan hutan ini akan hilang ditelan kerakusan dan ketamakan manusia??? Usah tunggu tindakan pihak yg bertanggungjawab dalam usaha menyelamatkan hutan di Sabah, kerna menunggu saja tidak membuahkan hasil. Hendaklah di usahakan secepat mungkin. Ingat, masa berlalu dan usia kita semakin meningkat. Jangan bila hutan sudah di musnah, baru kesedaran ada - sudah terlambat!! Pokok2 balak ini menggambil masa ratusan tahun utk tumbuh tetapi mengambil masa hanya seminit untuk di tebang!! Selamatkan lah hutan sabah agar tidak tercemar oleh manusia yang hanya tamak harta duniawi - When enough is not enough!! Sekurang2nya untuk anak2 sabah yang masih tidak tahu menahu tentang hidup and alam semulajadi. Mereka juga berhak utk hidup dgn menikmati hutan di sabah. kalau sudah terlambat, menyesal tiada gunanya.

Nature Concern

Unknown said...

Syokk kat Sabah ni Sue. Banyak betul tempat untuk adventure walaupun terdapat gangguan akibat kerakusan pembangunan .Melihat gambar makcik mengasingkan padi tu, teringat dan terimbau kenangan 20 tahun lampau di awal 80an kaedah yang sama masih digunakan ditempat saya di Melaka.Kini segala-galanya telah berubah dengan penngunaan jentera .
Anyway Sabah memang best,cuma walaupun saya dah beberapa kali ke Bawah Bayu, hanya berkesempatan di sekitar KK dan Kundasang saja.

sue_illyana said...

Nature Concern: betul kata anda!

minat orkid: mai la p sabah...p la jauh2 sikit..memang best kat sabah ni...

Anonymous said...

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda
Dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi,opresi,obsesi diri
Polusi,depressi,di bumi,kini

Hamba yang sedih,
Cumi

sue_illyana said...

woi..sempat lagi ko nyayi lai...

Anonymous said...

Lets participate together for the EARTH HOUR on the 28 March 2009 (Saturday)8:30 to 9:30 pm - to switch off all our electronic devises (TV, radio, pc, lights, aircorn etc) for One Hour to save our planet!!! This WWF Malaysia plan is following the world WWF and all major cities in the world (Paris, Toronto, Tokyo, Londan) will be off their lights on that date against global warming!!

Lets support our nation!!

Cumi!

RANDAVI said...

Wah, cantiknya pemandangan di Long Pasia tu. Tahniah sue kerana telah menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini.

Anonymous said...

5 Million Articles + 95. [url=http://andarticles.com/celebrity-stolen-clips.html]andarticles.com[/url]