Friday, January 30, 2009

Apai Saloi



Semasa menjadi assistant kepada suamiku memotong rumput sue ternampak sejenis kulat yang rasanya kali terakhir sue nampak kulat jenis ini semasa berumur 10 -15 tahun..kulat ini mengeluarkan sejenis bau yang kurang menyenangkan tapi bentuknya amat unik sekali. Sue tak tau nama saintifiknya tapi kalau dalam bahasa Iban ia dipanggil "barang (tut)Apai Saloi" Apai Saloi ini lebih kurang sifatnya nya macam Pak Kadok la..Kalau dia bercakap pun sengau...dan selalu bertindak mengikut akal dan fikiran yang tidak rasional..itulah yang diceritakan oleh nenek moyang dulu-dulu...maklumlah masa tu mana ada radio ataupun tv kalau ada pun terhad penggunaanya..Apabila ada masa yang terluang orang tua-tua akan berkumpul bersama-sama dengan anak-anaknya sekali dan masa itulah ensera (cerita) Apai Saloi ni keluar..apabila mengingatkan masa lalu yang amat manis untuk dikenang..indahnya...rindunya nak balik kampung....