Wednesday, December 31, 2008

Orkid lagi



Yang ni baru ambil gambar pagi tadi.Dua2nya sue beli di Limbang


Ni namanya Orkid Telinga Gajah..mengambil masa 10 tahun untuk
berbunga. Beli di Sarikin,Bau(sempadan Swk dan Kalimantan)



Wow...cantikkan..bagi yang gemarkan bunga orkid menjadi
satu kepuasan kalau orkid tersebut berbunga...

Tuesday, December 30, 2008

Bila orkidku berbunga



Yang ni orkid diambil di sepanjang perjalanan dari Kuching to KK..Spesis ini hanya ada di Sarawak. Background dia tu lada(cili )la..






Yang ni beli di Sipitang








Yang ni beli di Limbang..ambik gambar masih dalam kereta.X sabar...







Yang tajam bunganya ni sue beli di Gaya street..masa dibeli belum ada bunga tau..ni first time dia berbunga..




Monday, December 1, 2008

Awas Kerajaan Sarawak

Bergilir-gilir ke Sarawak
SHAH ALAM 30 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemimpin parti itu terutama yang telah menjadi wakil rakyat di Semenanjung untuk bergilir-gilir pergi ke Sarawak setiap minggu dalam usaha Pakatan Rakyat menawan Sarawak selepas menawan lima negeri pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.
''Tunggu... (pengambilalihan kerajaan pusat) sementara itu gegar, langkah pertama gegarkan Sarawak, Sarawak barisan hadapan kita sekarang,'' kata beliau dalam satu ceramah malam semalam sempena Kongres Nasional Tahunan PKR di sini.
Beliau menyatakan perkara ini semasa memberi penjelasan kepada anggota parti mengapa rancangan mengambil alih Putrajaya pada 16 September lepas tidak berlaku dan bila ia akan menjadi kenyataan.
Katanya, peralihan kuasa pada 16 September tidak berlaku kerana permintaan Pakatan Rakyat melalui surat untuk berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyerahkan pimpinan kerajaan kepada beliau tidak dilayan.
Anwar berkata, permintaan pembangkang supaya diadakan satu sesi khas untuk membentangkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri di Dewan Rakyat juga telah ditolak.
Satu lagi punca kegagalan agenda 16 September itu ialah kerana anggota Parlimen yang bersetuju untuk menyeberang ke pihak pembangkang meletakkan syarat supaya identiti mereka tidak didedahkan sehingga mereka bersedia.
Anwar juga berkata, PKR akan turut mengukuhkan lagi kedudukannya di Sabah.
- Bernama

Wednesday, November 26, 2008

Tabiat meludah






Eeiiii...jijik betul la apabila anda berjalan-jalan terlihat ludah di merata-rata tempat...kalau di kawasan kampung air ni... ludah sana sini...Budaya meludah ni ketara sangatlah memang bukan orang tempatan. Harus diingat fakta kes ini.. tibi boleh berjangkit melalui ludah yang sudah kering. Kalau ia pun mau meludah atas sebab tidak sihat ataupun sudah tabiat pandai-pandailah cari tempat yang berpatutan..janganlah di kedai kaling pun mau meludah...tabiat begini menggambarkan keperibadian diri kita sendiri tau....

Tuesday, November 18, 2008

Life is short make it sweet !



Kita tidak mampu untuk hidup seribu tahun...gunakan setiap detik untuk saling sayang menyayangi..