Thursday, June 4, 2009

Keindahan Tercipta








Cantik yang teramat....Tempat ini terletak di Morrocco.
Tidak berapa pasti letaknya di bahagian mana...
Ehsan gambar : Suriani(cumi)

Tuesday, June 2, 2009

Sana Sini Sandakan


Macam Iklan Sunglass hehee...time ni panas membara di Sandakan....




Semasa melihat car drag sempat lagi berposing walaupun dalam keadaan
panas dan lapar..sekali masuk bayar RM10 dan kalau keluar kena bayar
lagi....gila betul...penganjur mau cepat dapat duit...

Friday, May 29, 2009

Unik Dan Cantik !


Semasa pening-pening membuka email adik ipar (cumi) dari Morocco (Maghribi) , terselit gambar diatas dalam banyak2 gambar yg dikirim...Laluan ke tandas dihias amat cantik dan menarik sekali..Menurut cumi ukiran tersebut dilukis menggunakan tangan..cantik dan halus senibinanya..Manakala di gambar di bawah ialah tempat beriadah seisi keluarga...pokok pun boleh dicat menggunakan warna putih untuk menyerikan lagi taman mini tersebut.Terbayang-bayang pula duduk2 dalam taman tersebut..Insya-Allah suatu hari nanti tempat ini akan dijejaki...

Hari Gawai & Tadau Kaamatan

Kepada semua sahabat handai dan kaum keluarga yang jauh dan dekat selamat menyambut Hari Gawai dan Tadau Kamaatan semoga sambutan pada tahun ini disambut dengan penuh meriah. Kalau mau araimaiti dan "palau" jangan terlebih sudah..! To my family....pedang pulai laun mimit tapi yang penting pulai...ai langkang nadai masalah lagipun bisi agi jagu "betapa" ba sungai semada.Tu la kali pertama sue pulai gawai selepas 7 tahun...biasanya sue pulai ujung taun...Ini pasti pengalaman yang jauh berbeza buat suami...yang pasti bercuti meninggalkan Kampung Peringatan dan kembali ke Kampung Semada...

Aramaiti...oooohaaaa...

Thursday, April 16, 2009

Bahasa Ibunda

Semakin lama semakin pudar rasanya ingatan terhadap bahasa ibunda. Bukan ingin menyalahkan sesiapa tetapi kebanyakkan daripada kita seakan-akan mahu melupakan bahsa ibunda sendiri..mungkin disebabkan ramai yang terlalu mengagung-agungkan bahasa asing yang lain.Tidak salah sekiranya ingin mengetahui dan mempelajari bahasa lain. Di sini sue ingin berkongsi sedikit bahasa Iban, dan Malaysia....
Iban(Balau) = Malaysia
Makai=Makan
Kelambi= Baju
Kerinsing =Periuk
Tancut =Seluar
Jalai =Jalan
Kukut =Kuku
Mayau =Kucing
Manok =Ayam
Rian =Durian

Kalau ada yang tersalah sudilah buat komen atau pembetulan...