Friday, February 20, 2009

Mau balik !!

Tiba2 saja rindu sangat nak balik kampung. Rindu dengan ibu dan ayah yang jauh di mata tapi dekat dihati..semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Tiada satu org pun anak-anak yang berada disisi mereka sekarang...masing2 dah berkeluarga dan mempunyai rumah sendiri.Tapi sebenarnya itulah yang mereka inginkan..anak2 berjaya keluar dari kepompong dan mengubah nasib keluarga. Biarlah bergadai harta dan nyawa untuk menyambung pelajaran..itulah ungkapan yang sering menjadi pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh..Alhamdullillah semuanya seperti yang diinginkan....

Wednesday, February 18, 2009

Tuesday, February 3, 2009

only in some country



Situasi begini hanya terdapat di segelintir negara sahaja



Bayangkan kalau buat begini di Malaysia huhuuu........



Nasib baik la di negara kita tidak sesesak begini..kalau tidak
lagi ramai orang sesak nafas..

Friday, January 30, 2009

Apai Saloi



Semasa menjadi assistant kepada suamiku memotong rumput sue ternampak sejenis kulat yang rasanya kali terakhir sue nampak kulat jenis ini semasa berumur 10 -15 tahun..kulat ini mengeluarkan sejenis bau yang kurang menyenangkan tapi bentuknya amat unik sekali. Sue tak tau nama saintifiknya tapi kalau dalam bahasa Iban ia dipanggil "barang (tut)Apai Saloi" Apai Saloi ini lebih kurang sifatnya nya macam Pak Kadok la..Kalau dia bercakap pun sengau...dan selalu bertindak mengikut akal dan fikiran yang tidak rasional..itulah yang diceritakan oleh nenek moyang dulu-dulu...maklumlah masa tu mana ada radio ataupun tv kalau ada pun terhad penggunaanya..Apabila ada masa yang terluang orang tua-tua akan berkumpul bersama-sama dengan anak-anaknya sekali dan masa itulah ensera (cerita) Apai Saloi ni keluar..apabila mengingatkan masa lalu yang amat manis untuk dikenang..indahnya...rindunya nak balik kampung....

Thursday, January 22, 2009

Keresahanku

Cuti hujung minggu lepas digunakan sepenuhnya untuk meluangkan masa bersama dengan tanaman di halaman mahupun di belakang rumah..masa yang ada digunakan untuk merumput dan membaja tanaman supaya tanaman kelihatan sihat dan segar. Walaupun marah dengan kehadiran belalang, ulat beluncas, burung dan siput memusnahkan tanaman namun kehadiran "mereka" memang mengasyikkan..manakan tidak seolah2 berada didalam hutan. Kawasan rumah yang dikelilingi pembangunan rasanya memang mustahil untuk melihat melihat kehadiran "mereka" di sekeling kita. Di kala malam bunyi cengkerik dan katak bersahut-sahutan seolah-olah marah dengan pembangunan yang makin rakus memusnahkan habitat semulajadi yang selama ini merupakan tempat yang paling selamat untuk didiami. Walaupun bunyi bising kenderaan namun hati tetap tenang mendengar bunyi cengkerik yang kadang-kadang lebih nyaring bunyinya daripada biasa. Adakah keadaan ini akan terus kekal ataupun hilang dek pembangunan yang rakus memusnahkan alam? dan adakah rumah yang didiami sekarang akan hilang bersama-sama? Pesanan : Ambillah iktibar dari segala bencana dan malapetaka yang pernah berlaku akibat dari pembangunan dan kerakusan manusia mengejar kemewahan duniawi.